Berkesan menurunkan asid urik dan mencegah gout

Petua hilangkan gout

Gout berlaku apabila paras asid urik dalam badan meningkatkat melebihi tahap normal.

Tahap normal asid urik ialah 350mmol. Gout akan terjadi apabila paras asid urik ini melebihi 400mmol dalam badan kita.

Asid urik ini akan berkumpul di sendi dan akhirnya membentuk kristal. Inilah yang menjadi punca keradangan akhirnya rasa sakit pada sendi seorang pesakit gout.

Gambar menunjukkan pengumpulan asid urik di sendi dan akhirnya menjadi kristal.

Untuk mengelakkan gout berlaku, adalah penting untuk mengawal asid urik dalam badan kita.

Cara mengawal gout

Berikut adalah beberapa cara untuk mengawal asid urik supaya tidak terus berkumpul di dalam badan kita.

Kawal pengambilan purin

Purin biasanya terdapat dalam makanan yang mengandungi protein.

Ada makanan yang tinggi kandungan purinnya dan ada yang kurang.

Antara makanan yang tinggi kandungan purin ialah :

Alkohol: semua bentuk.

Makanan laut: udang, ketam, ikan bilis, ikan trout, ikan sardin, kerang, ikan hering, codfish dan kerang.

Daging: daging kambing, daging rusa, daging lembu, ayam belanda dan organ dalaman haiwan.

Antara makanan yang tinggi kandungan purin

Sebenarnya bukan daging, alkohol dan makanan laut sahaja yang tinggi kandungan purin. Terdapatkan juga sayur tertentu yang tinggi kandungan purin yang perlu dielakkan. Antaranya ialah :

Cendawan
Bayam
Kacang bendi
Asparagus

Semua makanan yang mempunyai purin yang tinggi ini perlu dikawal. Bukan tidak boleh makan langsung tetapi jumlah pengambilannya perlu dikawal

Setiap orang yang mengidap gout biasanya boleh buat agakkan berapa jumlah yang dia makan tak menyebabkan gout dan berapa jumlah yang dia makan boleh menyebabkan gout. Ini berdasarkan pengalaman.

Tapi sebaiknya kurangkan makanan seperti ini.

Minum air mencukupi

Asid urik dikeluarkan daripada sistem badan kita melalui air kencing.

Untuk memastikan pembuangan ini berlaku dengan lancar adalah penting untuk kita minum air kosong secukupnya. Tak perlu berlebih, cukuplah dengan kapasiti badan masing-masing.

Minum air kosong yang mencukupi adalah penting untuk orang gout.

Bersenam

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan asid urik.

Ini kerana melalui senaman toksin akan dibuang melalui peluh.

Di samping itu senaman juga membolehkan perjalanan darah kita lancar ke organ dan sistem badan kita. Pabila organ badan menerima oksigen dan nutrien yang cukup melalui darah, ia akan befungsi dengan lebih sempurna termasuklah menyingkirkan asid urik daripada badan.

Pilihlah senaman yang sesuai dengan keadaan diri. Mulakan senaman yang ringan dan boleh tingkatkan dari semasa ke semasa ikut kemampuan.

Amalkan herba tertentu

Ada banyak herba yang bagus diamalkan dan ia boleh membantu menyingkirkan asid urik dengan baik.

Antara herba yang sangat bagus untuk singkirkan asid urik ialah Kunyit Hitam (Kaempferia Parviflora).

Kunyit hitam (Kaempferia Parviflora)

Kunyit hitam membantu penyingkiran asid urik dengan 3 cara :

  1. menyingkirkan asid urik yang telah berkumpul di sendi.
  2. mengeluarkan asid urik dalam darah.
  3. menguatkan buah pinggang supaya penyingkiran asid urik lebih sempurna.

Herba ini agak sukar diperolehi.

Kini terdapat syarikat yang menggunakan Kunyit Hitam ini sebagai bahan utama penghasilan produk mereka.

Antaranya ialah produk daripada syarikat Black G sdn bhd.

Syarikat ini telah bekerjasama dengan saintis MARDI untuk menghasilkan produk kunyit hitam berkualiti tinggi.