Berkesan menurunkan asid urik dan mencegah gout

Cara turunkan bacaan asid urik

Asid urik asasnya adalah perlu untuk pembentukan DNA badan manusia.

Tapi pabila parasnya terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan.

Masalah yang timbul akibat asid urik ini adalah bukan semata-mata gout sahaja.

Ia termasuk juga boleh menyebabkan darah tinggi, kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan banyak lagi.

Sebab itulah perlu untuk kita mengawal paras bacaan asid urik ini.

Jadual berikut menunjukkan bacaan asid urik badan manusia.

Bagaimana caranya untuk menurunkan bacaan asid urik?

1. Kawal pemakanan

Kurang atau elakkan makanan yang mengandungi purin yang tinggi seperti daging merah, ikan bilis, ketam, udang, organ dalaman haiwan dan macam-macam lagi.

Gambar berikut menunjukkan antara makanan yang tinggi kandungan purin.

2. Minum air yang mencukupi

Asid urik yang berlebihan dalam badan dibuang melalui air kencing.

Untuk pastikan proses ini berjalan lancar adalah penting untuk pastikan diri kita minum air yang secukupnya setiap hari.

Air yang dimaksudkan di sini ialah air kosong.

Elakkan air manis kerana gula juga boleh menjadi pun asid urik dalam badan meningkat.

3. Bersenam

Bersenam boleh membantu badan kita mengeluarkan peluh.

Peluh merupakan cara badan kita detoks.

Ia sangat bagus untuk mengeluarkan asid urik daripada badan.

4. Amalkan herba

Herba tertentu seperti kunyit hitam sangat bagus untuk menurunkan bacaan asid urik.

Selain itu, kunyit hitam juga merupakan anti keradangan yang sangat berkesan untuk mengelakkan gout berlaku.

Black G adalah antara produk kesihatan berasaskan kunyit hitam yang berkualiti tinggi.

Produk Black G diformulasi oleh saintis MARDI yang mempunya tahap keselamatan yang sangat tinggi.