Berkesan menurunkan asid urik dan mencegah gout

8 penyakit yang berkaitan dengan asid urik

Asid urik biasanya dikaitkan dengan gout.

Tapi tahukah anda bahawa asid urik bukan sekadar menyebabkan gout.

Banyak lagi penyakit lain yang boleh berlaku pabila kandungan asid urik tinggi dalam badan kita.

Video ini menerangkan jenis-jenis penyakit yang ada kaitan dengan paras asid urik dalam badan kita.

What Are the Surprising Dangers of Uric Acid and Diseases That Caused By Uric Acid
Penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan asid urik

1. Gout

Ini memang kita telah sedia maklum. Pabila asid urik berkumpul dan membentuk kristal di sendi-sendi badan kita maka berlakulah keradangan dan rasa sakit. Rasa sakit itulah yang kita kenali sebagai gout.

2. Tekanan darah tinggi

Pabila kandungan asid urik tinggi dalam darah, ia menyebabkan darah lebih pekat dan ini menimbulkan tekanan darah yang tinggi. Sebab itu biasanya orang yang mengalami gout akan menghadapi darah tinggi juga.

3. Kegagalan buah pinggang

Asid urik yang tinggi juga menunjukkan buah pinggang gagal berfungsi menapis dengan baik. Buah pinggang yang normal mampu menapis asid urik dengan berkesan. Sekiranya aras asid urik terlalu tinggi, lama-lama ia boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi.

4. Batu karang buah pinggang

Asid urik juga boleh berkumpul dan membentuk kristal dalam buah pinggang. Pabila ini berlaku maka terjadilah masalah batu karang dalam buah pinggang.

5. Serangan jantung

Asid urik yang tinggi secara berterusan juga akhirnya boleh menyebabkan masalah pada jantung. Berpunca daripada kepekatan darah menyebabkan saluran jantung berisiko tersumbat. Pabila tersumbat maka boleh tercetus serangan jantung.

6. Artrithis (sakit sendi)

Selain gout, asid urik juga boleh menyebabkan sendi-sendi pada badan kita bermasalah. Sendi-sendi gagal berfungsi dengan baik dan akhirnya menyebabkan rasa sakit yang berlarutan.

7. Gangguan tidur

Orang yang mempunyai aras asid urik yang tinggi susah nak tidur. Sewaktu tidur pun mereka mungkin selalu terjaga disebabkan rasa nak buang air kecil.

8. Lumpuh

Asid urik berlebihan juga berisiko menyebabkan kita terkena lumpuh.

Kesimpulannya asid urik memang sangat bahaya kepada kita.

Sebab itu adalah sangat penting untuk mengawal asid paras asid urik dalam bandan kita.

Belajar cara mengurangkan asid urik di sini CARA MEGURANGKAN ASID URIK.